Pisau Cukur – “Oh My DIOR..!”

nikillas

pisau cukur

Pisau Cukur.. Hot.. Panas… Ngiahaha.. Aku dah tgk filem arahan Bernard Chauly ni.. Bile aku gi tgk..?? Owh.. Itu tidak penting.. Yang penting, citer ni bukan macam citer² melayu yang lain.. Kalau korang nak tgk aksi Fazura ngan Maya Karin mengediks tahap maksima, sila tgk citer ni.. Kalo tak.. Tak payah.. Buat habis karan je.. Hehe.. Amaran.. Spoiler Ahead..!!

OK.. Citer ni pasal 2 org perempuan pisau cukur, Intan ngan Bella.. Bella ni kena reject a.k.a. tak menang dalam pertandingan “Sape Nak Khawin Jutawan”.. Bella ni sejak dari kecik cita² dia nak kawen ngan Tan Sri.. So, bila dah kena reject tu mula la dia mengalami kemurungan.. Pastu, best friend dia, Intan yang tak jadi holiday cruise ngan Datuk Saleh mula mengajak si Bella pergi holiday cruise ngan dia..

Motif utama diorang pergi holiday cruise untuk pancing ikan.. Ikan ape..? “Ikan Besar” la.. Atas cruise tu diorang terjumpa dengan Datuk Zakaria bersama 3 isteri²nya Datin Wahidah, Naini dan Sal bersama 2 orang anak Datuk Zakaria.. Johan dan Suri.. Intan pulak terjumpa dengan Ari, seorang PI yang dulu telah diupah untuk mengintip Intan.. Musuh lama la tu.. Haha.. Bella pulak terjumpa ngan si Gigi Besi atau Faqir yang telah telah jatuh hati ngan dia.. Bella wat dunno je ngan si Faqir tu.. Sebab dia dah ada target baru.. Datuk Hisham yang baru kematian isteri..

Nak dijadikan cerita.. Datuk Zakaria ni kena bunuh atas kapal tu.. Soo.. Ari ngan Intan mula menyiasat sape yang telah membunuh Datuk Zakaria itu.. Saspek..?! Isteri² dia dan anak² dia.. Tapi.. Dapatkan Intan dan Ari menyelesaikan kes pembunuhan itu..?? Jeng.. Jeng.. Jeng…

Bella pulak duk cari jalan untuk tawan hati Datuk Hisham.. Pada masa yang sama, Faqir pulak cuba untuk tawan hati Bella ni tapi Bella wat dunno je kat dia.. Kesian.. Dapatkah Bella mencuri hati Datuk Hisham..? Bagaimana pulak dengan Si Faqir ya..? Haha.. Tgk sendiri la citer ni ya..

Part paling aku tak leh lupa masa Rafidah nyer skrip masa Intah nak buat tempahan kat spa tu.. Nak suruh org naik penyu singgah kat mana² pulau untuk beli minyak cengkih.. Haha.. Intah pulak tak habis² ngan Oh My LV.. Oh My DIOR.. Oh My COACH.. Tapi adegan gediks yang sibawakan oleh Fazura ngan Maya Karin mmg menjadi  la.. Total out..!!

Kalau tgk latar belakang mmg nampak la citer ni guna green screen.. Nak wat camne.. Citer ni pasal atas kapal.. Tapi penggambaraan  boleh dikatakan sepenuhnya dilakukan atas darat.. Jalan citer dia boleh tahan la.. Tak bosan sangat.. Skrip yang ditulis oleh Rafidah mmg cun ah..

Bagi aku.. Citer ni best.. Aku tak peduli kat org kiri kanan masa nak gelak.. Terkikik² aku sorang²  dalam panggung masa tgk citer ni..

Rating..?!?! 8/10..

Gambar ihsan dari PisauCukur.Com.My

PS – Lusa Next Paper.. Sape yg dah abes exam tu.. Sila balik ya.. Hahaha..!!!


This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

4 Responses to “Pisau Cukur – “Oh My DIOR..!””

Leave a Reply