Kita semua tahu yang piala dunia dah pun start semalam.. Kalo tak silap match semalam dua2 seri.. Uih.? Kata tak tengok bola si ahmad sallikin ni.. Tau pulak match result..
Yup.. Im not a football type of person.. Epl pun tak tengok.. Piala malaysia tgk pun kalau kelantan yg lawan.. World cup.. Rasa nak tgk bola tu tak da pun dalam diri.. 4 tahun lepas time italy menang tu ada la jugak perasaan demam bola tuh, tapi kali ni rasa cam hambar sedikit..
Cukuplah sekadar ambil tahu result akhir perlawanan setiap match.. Kalo kata nak bertandang kat mamak semata2 nak tengok bola tu mmg tak lah.. Ini kan pulak nak berjaga malam.. Huish.. Jauh panggang dari api..
Pasukan feveret..?! Kelantan fc kot.. Hahahahaaa..!!!
Ps: tetibe rasa nak update blog.. Skill menulis macam dah berterabur.. Main taip je.. Haish… Ape ku update ni..!?
Di waktu pagi seperti biasa aku akan ke restoran berdekatan dengan hospital untuk makan sarapan pagi.. Hari tu aku pekena teh tarik dah roti canai sambil membaca akhbar kosmo.. Sedang khusyuk membaca.. Datang seorang pengemis ke meja aku..
“bang.. Saya mau duit bang..”
Tangan tgn kanannya dihulurkan pada aku meminta simpati.. Di tgn kirinya ada tongkat, sebungkus nasi lemak, teh ais dan roti canai.. Aku mula sangsi.. Aku bertanya..
“duit nak buat apa?”
“mau makan laa”
“tu kat tangan tu apa? Makanan kan.. Nak beli makanan ape lagi?”
“saya mahu buat tambang balik la bang”
“balik? Saya selalu je nampak kamu kat sini? Nak balik mana?”
“bang.. Kasi duit la bang”
“nak duit? Pergilah cari kerja..”
“kaki sakit la bang”
Banyak pulak alasan dia ni.. Nak je aku suruh dia pergi masuk hospital kat sebelah ni kalau kaki sakit.. Tapi aku tak mahu cari pasal di kedai orang.. Aku hanya mampu menggelengkan kepala.. Tiba2 datang seorang pekerja di kedai itu menghampiri kami..
“jangan layan sgt dia ni.. Dapat duit pastu mabuk”
Lagilah berat lah tangan aku untuk hulurkan duit..
Si pengemis itu membebel seorang diri dan pergi ke meja belakangku.. Aku mampu mengelengkan kepala..
bukan aku tidak mahu memberikannya duit.. Sebab berdekatan dengan hospital ni banyak sangat yang suka amik kesempatan.. Dulu aku pernahbkena tipu sekali.. Bapak aku kena dua kali.. Kali ni aku mula menjadi sekrang yang berat tangan jika ingin menghulurkan duit..
Kalau aku nak bersedekah, aku rasa lebih baik aku pergi masukkan duit ke tabung masjid.. Bukan kepada mereka yang pandai berpura2 di tepi jalan sana..
Salahkan tindakan aku itu..? Hurmmm…
~ kejadian ini berlaku ketika aku berada di hospital pulau pinang untuk menjaga adik aku.. Kini adik aku sudah habis proses kimoterapi.. Alhamdulillah..
~~ aku doakan isteri pakcik surau yang menjaga isteri beliau sihat sejahtera hendaknya.. Moga dia dapat tempuhi tempoh radio terapi 27 hari itu dgn hati yg tabah..
Sungguh kreatif mereka dari TVIGLE untuk membuat animasi sebegini.. Sound effect daripada bunyi² mulut je.. Banyak video lawan² dari diorang ni.. Yang paling aku suka adalah Prisoner vs Policemen ni dan Godjira vs Statue.. Kalau nak tengok lebih banyak video dari mereka ni, sila ke channel VERSUS TVIGLE di Youtube..
ps : takde idea nak post ape kat blog.. rasa macam nak panggil atuk kebayan datang balik ke blog ni.. mane la dia pergi bertapa..?
Recent Comments